Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Colmar Tropicale di Bukit Tinggi terletak lebih kurang 56 minit dari Kuala Lumpur. Apabila tiba musim cuti seperti cuti sekolah mahupun cuti perayaan , tempat ini memang ramai pengunjungnya. Tidak dinafikan bilik-bilik di sini yang mempunyai rekaan dalaman ala Perancis agak selesa dan menarik. Pada cuti sekolah pertengahan tahun iaitu pada hujung bulan Ogos yang merangkap cuti sekolah, cuti umum iaitu cuti Hari Kemerdekaan Negara yang ke-60 dan juga cuti Raya Haji menyebabkan ramai yang bercuti di sini.Lagipun, ini merupakan salah sebuah tempat yang amat sesuai untuk mereka yang berada dekat di KL untuk merehat-rehatkan minda. Ketika kami tiba di situ, bilik masih belum disediakan lalu kami pun mengambil kesempatan untuk berehat-rehat di ruang tamu dan juga berjalan-jalan di sekitar Colmar Tropicale. 

Setelah kami mendapat panggilan daripada salah seorang staff di situ, kami pun tidak sabar lagi untuk pulang ke bilik penginapan. Lama juga kami tunggu ,hampir satu jam. Namun begitu, kepuasan diubati dengan keselesaan bilik yang sudahpun siap dikemas.Bilik yang ditempah adalah sebuah bilik dengan katil berkembar yang dilengkapi dengan dapur asas dan peti sejuk serta ruang tamu dan ruang makan. Bilik ini terletak agak hujung tetapi di lokasi yang strategik iaitu berdekatan dengan kolam renang dan juga tempat letak kereta. 


Untuk makan malam, kami memilih restoran Le Poulet di mana kami memilih set ayam panggang disertai dengan salad dan juga kentang putar. Setelah itu kami pun pulang ke bilik dan keluar berjalan-jalan semula pada waktu malam. Pada malam hari masih terdapat pertunjukan tarian dan sebagainya di sini. Selepas itu, keadaan menjadi sunyi setelah semua pengunjung balik ke bilik masing-masing.
Walaupun tidak banyak tempat -tempat tarikan di Bukit Tinggi namun ia sudah mencukupi dan sesuai untuk mereka yang inginkan percutian yang singkat dan tidak jauh dari bandar KL.
Keesokan harinya, kami berkunjung ke Taman Jepun, Taman Botani dan Taman Arnab sebelum pulang.





Comments

Popular posts from this blog

Malaysiaku Indah: Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pencegahan Covid-19

Perayaan Tahun Baru Cina