Malaysiaku Indah: Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

                                                         


Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam yang merayakan Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Mesti ramai yang balik ke kampung atau mengambil kesempatan untuk pergi bercuti bersama keluarga. Saya berharap para sahabat semua selamat memandu semasa pulang ke kampung halaman.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang salah satu lokasi percutian yang selalu dikunjungi sama ada oleh pelancong luar mahupun tempatan iaitu di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus yang terletak tidak jauh dari bandar Seremban dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Negara kita memang terkenal dengan pantai-pantai yang indah dan ia merupakan tarikan pelancong dari dalam mahupun luar. Salah satu pantai yang lebih dekat berbanding dengan tempat-tempat yang lain terutamanya mereka yang tinggal di Kuala Lumpur ataupun Seremban, pantai Port Dickson memang terkenal sebagai tempat percutian yang mudah didapati.

Apabila kita melihat pantai-pantai yang bersih dan indah, sudah tentu ia akan menenangkan fikiran kita ,tambahan pula jika bersama dengan keluarga, sudah tentu seronok melihat anak-anak kecil dapat bermandi-manda dan bermain di tepi laut yang bersih dan terurus. Jika kita menjaga kebersihan pantai kita, sudah tentu kita dapat menikmati percutian kita tanpa perlu pergi ke tempat yang jauh untuk percutian yang singkat. Mungkin ada yang berpendapat terdapat pihak yang menjaga dan menguruskan tempat percutian seperti ini ,namun adalah menjadi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia ataupun manusia untuk menjaga keindahan alam yang ada agar dapat dinikmati secara berterusan.










Comments

Popular posts from this blog

Pencegahan Covid-19

Perayaan Tahun Baru Cina