Posts

Showing posts from July, 2016

Malaysiaku Indah: Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

Image
                                                          Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam yang merayakan Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Mesti ramai yang balik ke kampung atau mengambil kesempatan untuk pergi bercuti bersama keluarga. Saya berharap para sahabat semua selamat memandu semasa pulang ke kampung halaman. Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang salah satu lokasi percutian yang selalu dikunjungi sama ada oleh pelancong luar mahupun tempatan iaitu di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus yang terletak tidak jauh dari bandar Seremban dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Negara kita memang terkenal dengan pantai-pantai yang indah dan ia merupakan tarikan pelancong dari dalam mahupun luar. Salah satu pantai yang lebih dekat berbanding den...