Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur


Taman Botani Perdana atau dulu dikenali sebagai Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur merupakan taman tertua di Kuala Lumpur. Walaupun dah lama di sini, namun begitu, inilah kali pertama saya berkunjung ke taman ini. Taman ini sangat luas dan mempunyai taman permainan dan taman bunga yang menarik. Dengan keindahan kehijauan yang menghiasi taman ini, rasanya agak sesuai untuk dijadikan lokasi penggambaran bagi pengantin baru. Taman ini juga sesuai untuk mereka yang ingin menenangkan fikiran, melakukan riadah ataupun meluangkan masa di hujung minggu bersama keluarga.

Di sini saya sertakan beberapa gambar yang diambil ketika melawat ke taman ini. Mungkin juga ramai yang belum pernah lagi ke taman ini, diharap selepas ini ia akan dijadikan salah sebuah tempat kunjungan utama di Kuala Lumpur sama ada untuk pengunjung tempatan mahupun pelancong asing.

















Comments

Popular posts from this blog

Malaysiaku Indah: Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pencegahan Covid-19

Perayaan Tahun Baru Cina