Pada bulan Ogos 2018 yang lalu, kami sekeluarga telah pergi bercuti di Melaka Bandaraya Bersejarah dan pada kali ini kami memilih untuk tinggal di Imperial
Heritage.Ia terletak di pusat bandar Melaka dan berdekatan dengan semua lokasi
menarik di bandar Melaka . Kami telah menempah bilik Deluxe Suite yang
mempunyai dua bilik tidur dengan ruang tamu ala Bali yang moden dan ruang makan
yang agak menarik.Kami hanya tinggal satu malam saja di sini namun berpuas hati
denganbilik Deluxe Suite yang juga agak lengkap dengan peralatan dapur.Pemandangan di luar bilik juga indah . Lokasi hotel ini
juga berhampiran dengan Dataran Pahlawan.
Di antara tempat-tempat yang kami lawati adalah seperti berikut:
1.Giant B Honey
2. Zoo Melaka
3. Taman Burung Melaka
4. Jonker Street
5. Mini Malaysia
Melaka masih merupakan salah satu destinasi yang sesuai untuk percutian yang singkat yang tidak jauh daripada Kuala Lumpur.Ini adalah kerana tempat-tempat penginapan yang didapati di sini agak menarik dan harga juga berpatutan bagi sesetengah hotel atau tempat peranginan.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam yang merayakan Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Mesti ramai yang balik ke kampung atau mengambil kesempatan untuk pergi bercuti bersama keluarga. Saya berharap para sahabat semua selamat memandu semasa pulang ke kampung halaman. Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang salah satu lokasi percutian yang selalu dikunjungi sama ada oleh pelancong luar mahupun tempatan iaitu di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus yang terletak tidak jauh dari bandar Seremban dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Negara kita memang terkenal dengan pantai-pantai yang indah dan ia merupakan tarikan pelancong dari dalam mahupun luar. Salah satu pantai yang lebih dekat berbanding den...
Lindungi diri anda dan orang lain di sekeliling anda dengan mengetahui fakta dan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya. Ikuti nasihat yang diberikan oleh agensi kesihatan awam tempatan anda. Untuk mengelakkan penyebaran COVID-19: Bersihkan tangan anda dengan kerap. Gunakan sabun dan air, atau sapu tangan berasaskan alkohol. Jaga jarak yang selamat dari sesiapa yang batuk atau bersin. Jangan menyentuh mata, hidung atau mulut anda. Tutup hidung dan mulut dengan siku bengkok atau tisu semasa anda batuk atau bersin. Tinggal di rumah jika anda merasa tidak sihat. Sekiranya anda demam, batuk, dan sukar bernafas, dapatkan bantuan perubatan. Hubungi terlebih dahulu. Ikuti arahan pihak berkuasa kesihatan tempatan anda. Mengelakkan lawatan yang tidak diperlukan ke pusat perubatan membolehkan sistem penjagaan kesihatan beroperasi dengan lebih berkesan dan melindungi anda dan orang lain. Kepada semua yang akan menyambut kedatangan Ramadhan ,selamat berpuasa dan senantiasa d...
Bagi orang Cina, Tahun Baru adalah acara yang paling dihargai dan disambut dengan penuh adat. Tempoh dari malam Tahun Baru hingga ke hari kelima belas bulan lunar pertama secara tradisinya menjadi tempoh yang paling mengembirakan dalam perayaan Tahun Baru dan kadang-kadang dikenali sebagai Perayaan Musim Bunga. Seawal Dinasti Chou (122-255 B.C), orang Cina yang merupakan petani, telah menggunakan musim penuaian sebagai penanda tahunan bahawa semua kerja keras telah pun selesai dan setiap orang Cina adalah setahun lebih tua. Dalam merayakan Tahun Baru, orang Cina didorong oleh dua perkara utama-tanda kesyukuran kepada Tuhan di Syurga untuk penuaian tahun lalu dan untuk berdoa kepada-Nya agar segala berkatnya berterusan; rakyat secara amnya, dan petani khususnya, mesti dibenarkan berehat dan kenikmatan penuh sebagai pengiktirafan terhadap kerja keras mereka pada tahun sebelumnya. Sebelum menikmati perayaan tersebut, mereka akan menilai semula aktiviti me...
Comments
Post a Comment