Taman Jepun Bukit Tinggi


Taman Jepun terletak di terletak 3,500 kaki di atas paras laut, taman ini adalah yang pertama seumpamanya di luar Jepun. Taman ini direka oleh arkitek terkenal Jepun, Kaio Ariizumi dan dibina oleh sekumpulan 22 tenaga mahir dari Jepun. Sebuah tempat yang tenang dan santai, taman ini terletak di dalam hutan hujan tropika yang subur dan mempunyai tarikan seperti Rumah Teh Jepun, Tatami Spa, Taman Botani, Restoran Jepun Ryo Zan Tei dan Ume Tatami Suite. Para pengunjung boleh memilih untuk mengambil bahagian dalam Upacara Teh (4 sesi setiap hari) di mana seseorang akan belajar tentang budaya Jepun atau menyewa kimono untuk sesi fotografi.Suasana di taman ini tenang dan aman. Semasa kami berada di sini pada musim cuti di bulan Ogos 2017, cuaca agak panas namun begitu, terdapat anak sungai di taman ini yang mana para pengunjung boleh bersantai dan merehatkan - rehatkan diri sambil menikmati persekitaran taman ini.














Comments

Popular posts from this blog

Malaysiaku Indah: Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pencegahan Covid-19

Perayaan Tahun Baru Cina