Ulasan Tempat Penginapan Percutian
Di sini saya akan berkongsi tentang beberapa tempat penginapan yang pernah saya tinggal semasa bercuti.Diharap ia dapat membantu bagi mereka yang ingin memilih tempat penginapan yang sesuai untuk percutian yang seterusnya. Selamat bercuti!
Lokasi: Avillion Port Dickson 2018
Jalan Pantai, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Bilik: Garden Chalet
Ulasan: Sebenarnya saya sudah beberapa kali berfikir untuk berkunjung disini setelah membaca beberapa ulasan daripada blog-blog yang lain dan pada tahun ini, impian ini direalisasikan.Sememangnya Avillion merupakan salah sebuah tempat percutian yang amat menyenangkan dan tidak berapa jauh dari Kuala Lumpur.Resort ini memang indah dan pantai-pantainya agak bersih dan kami sekeluarga berasa seronok dapat tinggal di resort ini walaupun untuk satu malam.Bilik yang saya tempah adalah Garden Chalet yang mempunyai katil bersaiz King dan juga 'daybed' yang berdekatan dengan tingkap.Selain daripada itu, suasana di sini amat segar ,nyaman dan damai dengan pohon-pohon menghijau menghiasi tempat ini.
Lokasi: Grand Lexis Port Dickson 2017
Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Bilik: Water Chalet
Ulasan: Pada mulanya bilik yang ditempah adalah Garden Pool Villa tetapi telah ditukar kepada Premium Pool Villa. Ketika kami sampai di sana, kami diberitahu oleh staf di situ bahawa bilik masih belum dikemas dan perlu tunggu panggilan daripada mereka sekiranya bilik sudah dikemas. Walaupun kami perlu menunggu untuk seketika, kami amat gembira dan berpuas hati dengan pertukaran bilik kami di bahagian ' Water Chalet'. Bilik di sini amat luas dan selesa. Di sini juga terdapat bahagian dapur yang disediakan dengan cawan, set pinggan dan mangkuk, dan juga 'microwave'. Bilik airnya diasingkan dengan tandas, ia agak kecil namun begitu terdapat ruang dan sinki di luar bilik air yang agak luas. Apa yang paling menarik adalah setiap bilik mempunyai kolam renang persendirian/peribadi. Kolam renang di bilik ini adalah sedalam 4 kaki yang direka ala 'Bali. Selain daripada itu, pada waktu malamnya amat tenang dan agak selamat untuk berjalan-jalan di sekitar hotel ini kerana terdapat pengawal yang menjalankan tugas mereka pada waktu malam. Aktiviti yang disediakan di sini termasuklah memanah, Segway, berbasikal, bilik permainan ( yang terletak berdekatan dengan spa dan Restoran Genn) dan sebagainya.Rasanya di sini juga dibenarkan untuk memancing jika mereka yang berminat dan mempunyai alat pancing sendiri.
Lokasi: Avillion Admiral Cove Hotel, Port Dickson 2017
5 ½ Mile, Jalan Pantai, Kampung Si Rusa, Port Dickson, Malaysia, 71050
Bilik:Premium
Ulasan: Bilik Premium agak luas , selesa dan mempunyai sinki di ruang bilik. Hotel ini sesuai untuk mereka yang tidak memerlukan banyak aktiviti tetapi sekadar untuk melapangkan fikiran. Terdapat pantai yang terletak berdekatan di hotel ini. Sarapan di sini agak memuaskan. Kami juga memilih untuk makan malam di restoran Trader's Food Shop dan menghayati pemandangan matahari terbenam.
Lokasi: Thistle Port Dickson 2016
KM16 Jalan Pantai , Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri
Sembilan, Malaysia
Bilik: Superior Garden Twin
Ulasan:
Saya pernah singgah ke resort ini sebelumnya dan suka dengan
suasana di sana dan
pada cuti raya yang lalu(dua hari sebelum raya) iaitu pada
bulan Julai 2016, saya
dan keluarga mengambil keputusan untuk bercuti di Port
Dickson.
Dengan mengunakan mata yang terkumpul di Agoda, saya telah
menempah
bilik superior garden view (katil berkembar). Ketika kami sampai di
sana,
ia mengambil masa untuk daftar masuk dan staff di sana juga
meminta
maaf kepada para tetamu kerana proses yang mengambil masa
yang agak lama.
Setelah selesai proses pendaftaran bilik, kami pun ke bilik
tempahan kami dan
agak berpuas hati dengan bilik yang luas dan selesa walaupun
pada mulanya kami
mendapati lantai bilik agak berpasir, tetapi kami boleh
membersihkannya dengan
kain yang ada. Saya
berharap pihak hotel dapat memberi perhatian
dalam perkara ini agar para tetamu yang berkunjung ke sana
selesa bila sampai
( terutamanya yang berjalan jauh). Selain itu, kami amat
suka dan berpuas hati
dengan kemudahan yang ada di sini. Di resort ini,terdapat
kolam mandi
dewasa dan kanak-kanak dan juga kolam infiniti yang
berdekatan dengan laut.
Bagi pengunjung yang datang dengan anak-anak akan berasa
seronok
ketika berada di sini kerana terdapat aktiviti –aktiviti
seperti berkayak, permainan arked,
bilik Lego dan sebagainya.
Lokasi: Klana Beach Resort 2015
Kompleks Baitulhilal, Lot 4506, Batu 8, Jalan Pantai, Si Rusa, 71050 Port Dickson, Malaysia
Kompleks Baitulhilal, Lot 4506, Batu 8, Jalan Pantai, Si Rusa, 71050 Port Dickson, Malaysia
Bilik:Superior Sea View
Ulasan:
Ketika bercuti di Port Dickson pada tahun 2015(musim raya
juga) kami telah memilih Klana beach Resort kerana di sana terdapat teleskop
terbesar di Malaysia yang membolehkan para pengunjung melihat bintang dan
planet secara dekat dan juga peluang untuk anak-anak menambah pengetahuan
di Kompleks Baitul Hilal.Hotel ini agak
Islamik kerana dimiliki oleh Perbadanan Islam dengan itu, para pengunjung
dikehendaki memakai pakaian yang sopan ketika berada di Kompleks Baitul Hilal.Para
pengunjung juga diberikan poster bintang percuma setelah sesi cerapan selesai.
Di luar bilik hotel juga terdapat gambar
-gambar seperti bulan, planet yang diambil oleh jurugambar dari negeri-negeri
yang berlainan.Di sana terdapat restoran yang bersih walaupun hiasan dalamannya
agak biasa.Sarapan pagi yang disediakan juga sedap. Di sana juga terdapat kolam
mandi yang diasingkan di antara lelaki dan perempuan. Terdapat sebuah pantai
yang terletak di seberang jalan hotel ini.
Lokasi: Eagle Ranch Resort Port Dickson 2014
544, Jalan Pantai, Batu 14, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Bilik: Bandwagon Lower
Ulasan:
Pada musim Tahun Baru Cina (2014) kami telah
berkunjung ke Eagle Ranch yang merupakan sebuah resort yang agak berlainan kerana mempunyai tema ala red Indian seperti Tepee,
Bandwagon,Paddock(rumah penginapan yang berdekatan dengan kandang kuda), rumah kampung Melayu dan chalet.Bilik yang
ditempah iaitu Banwagon Lower agak kecil namun agak selesa. Di luar bilik
terdapat tempat duduk di bawah pokok. Suasana agak sunyi
dan tidak ramai pengunjung pada masa itu. Resort ini agak luas dan terdapat
tempat bersukan seperti bola tampar dan bola keranjang.Go-kart dan berkuda
juga disediakan di sini yang dikenakan bayaran. Disebakan resort ini agak luas,
para pengunjung boleh berjalan-jalan di sekitar resort ini dan
menikmati pokok-pokok yang tanaman yang terdapat di setiap tempat penginapan di
sana.Di sana juga disediakan tempat duduk yang selesa di bawah pohon-pohon yang rendang.






Comments
Post a Comment